HAJI MUSIM 1447H/2026: BAKAL JEMAAH GAGAL UJIAN KESIHATAN BOLEH KEMUKA PERMOHONAN SEMULA TAHUN DEPAN
Bakal jemaah haji musim 1447H/2026M yang gagal melepasi ujian pemeriksaan kesihatan seperti ditetapkan kerajaan Arab Saudi, boleh membuat permohonan semula untuk tahun berikutnya jika tahap kesihatan mereka bertambah baik.
SHAH ALAM: Bakal jemaah haji musim 1447H/2026M yang gagal melepasi ujian pemeriksaan kesihatan seperti ditetapkan kerajaan Arab Saudi, boleh membuat permohonan semula untuk tahun berikutnya jika tahap kesihatan mereka bertambah baik.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata setakat ini tiga peratus daripada 31,600 bakal jemaah haji Malaysia dilaporkan gagal ujian saringan kesihatan untuk menunaikan rukun Islam kelima musim 2026.
“Sekiranya mereka gagal untuk tahun tersebut, tidak bermakna peluang terus tertutup. Kalau mereka berusaha pada masa hadapan untuk mengubah diri dan jaga kesihatan, surat tawaran akan diberikan kepada mereka apabila benar-benar layak.
“Saya percaya peraturan diperkenalkan kerajaan Arab Saudi telah mengambil kira hasil kajian dan hakikat yang berlaku apabila jemaah mempunyai penyakit kronik menyebabkan catatan kes kematian agak tinggi setiap kali musim haji,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Mualaf MADANI (KEMUDI) Peringkat Kebangsaan 2025 di sini hari ini.
Mohd Na’im berkata Malaysia komited untuk mematuhi syarat melibatkan elemen kesihatan susulan kes kematian akibat serangan jantung yang direkodkan dalam kalangan jemaah hari negara pada setiap musim haji.
Beliau berkata bagi tujuan itu, Tabung Haji (TH) akan bergerak senada dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam konteks memperkukuh sistem pemeriksaan kesihatan memandangkan peraturan haji akan ditambah baik hampir setiap tahun.
“Selepas ini, sudah tentu TH akan melihat serta menilai semula semua peraturan terkini yang telah ditetapkan bagi mengemas kini dan menghasilkan modul baharu dalam kursus haji pada masa akan datang.
“Usaha itu sangat diperlukan berikutan penekanan diberikan kerajaan Arab Saudi baru-baru ini, secara jelas bertujuan memastikan tahap kesihatan setiap jemaah berada pada tahap terbaik sepanjang musim haji,” katanya.
Pada Isnin lepas, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan syarat kesihatan yang perlu dipatuhi untuk menunaikan haji bagi musim 1447H/2026M, antaranya bebas daripada penyakit berjangkit, penyakit serius atau penyakit kronik tidak terkawal dan berupaya menjalankan ibadat haji dengan sendiri.
Sehubungan itu, semua bakal haji wajib menjalani dan lulus pemeriksaan kesihatan kendalian KKM sebagai syarat kelayakan melibatkan istito’ah jasmaniyyah (kemampuan fizikal) dan sihhiyyah (kesihatan) sebelum menerima tawaran menunaikan haji.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.