Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAYI 11 BULAN MAUT, KERETA DIPANDU BAPA LANGGAR SEKUMPULAN LEMBU DI BERA

UTAMA

BAYI 11 BULAN MAUT, KERETA DIPANDU BAPA LANGGAR SEKUMPULAN LEMBU DI BERA

Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan maut selepas kereta dipandu bapanya melanggar sekumpulan lembu di KM49 Jalan Kerayong-Simpang Kepayang, Bera, malam tadi.

Sumber: IPD Bera

KUANTAN: Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan maut selepas kereta dipandu bapanya melanggar sekumpulan lembu di KM49 Jalan Kerayong-Simpang Kepayang, Bera, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata mangsa Nur Adriana Amira Mohamad Norismail disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Bandar Bera 32 akibat pelbagai kecederaan termasuk di bahagian kepala.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira 9.40 malam ketika keluarga itu dalam perjalanan dari arah Kepayang menuju ke Kerayong.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, sekumpulan lembu keluar dari arah kiri ke kanan jalan menyebabkan pemandu dipercayai hilang kawalan lalu melanggar haiwan tersebut sebelum terbabas ke bahu jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, ibu mangsa berusia 21 tahun yang duduk di bahagian penumpang hadapan dan memangku bayi itu mengalami kecederaan di kepala, manakala pemandu berusia 22 tahun tidak cedera.

Zulkiflee berkata mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Bera untuk bedah siasat, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading