PEMIMPIN DUNIA TIBA UNTUK SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-47, DIKETUAI PRESIDEN BRAZIL LULA
Kuala Lumpur hari ini menyaksikan ketibaan ramai pemimpin tertinggi dunia apabila lebih ramai ketua negara mula tiba untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hujung minggu ini.
PUTRAJAYA: Kuala Lumpur hari ini menyaksikan ketibaan ramai pemimpin tertinggi dunia apabila lebih ramai ketua negara mula tiba untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hujung minggu ini.
Antara yang dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva bersama isteri Rosangela Lula da Silva, Naib Perdana Menteri China He Lifeng, Presiden Afrika Selatan Matamela Cyril Ramaphosa dan isteri Dr Tshepo Motsepe, serta Presiden Timor-Leste Jose Ramos-Horta dan Perdana Menteri Kay Rala Xanana Gusmao.
Mereka akan disertai oleh Menteri Luar Finland Elina Valtonen, Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn dan isteri Khen Rany, Menteri Luar dan Kerjasama Timor-Leste Bendito dos Santos Freitas, Menteri Luar Indonesia Sugiono, serta Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik dan Keselamatan Djamari Chaniago.
Antara pemimpin dunia lain yang dijangka berhimpun di KLCC hujung minggu ini termasuk Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Perdana Menteri China Li Qiang, Presiden Majlis Eropah Antonio Costa dan Perdana Menteri wanita pertama Jepun Sanae Takaichi.
Ketibaan mereka menandakan momentum yang semakin memuncak menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung di KLCC dari 26 hingga 28 Okt ini.
Di bawah tema Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, “Keterangkuman dan Kemampanan”, sidang kemuncak tahun ini dijangka menjadi antara yang terbesar dalam sejarah ASEAN, berperanan sebagai platform penting untuk memperkukuh kerjasama serantau dan menangani cabaran global secara bersama serta inklusif.
Acara itu turut menyaksikan penyertaan aktif Timor-Leste ke arah kemasukannya sebagai anggota ke-11 ASEAN yang dijangka dimuktamadkan semasa sidang kemuncak pada 26 Okt ini.
Penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN dan mesyuarat berkaitan oleh Malaysia berlangsung ketika ekonomi global berdepan tekanan daripada langkah tarif Amerika Syarikat dan ketidaktentuan geopolitik yang berterusan.
Antara mesyuarat utama minggu ini termasuk Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) ke-26 yang memberi tumpuan kepada Pelan Tindakan AEC 2025, serta Mesyuarat Pakar+4 Pasukan Petugas Geoekonomi ASEAN (AGTF) yang akan membincangkan strategi untuk menghadapi cabaran ekonomi dan perdagangan global yang semakin mencabar.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 ini menandakan kali kelima Malaysia memegang tampuk Kepengerusian ASEAN sejak penubuhan blok itu pada 1967, selepas mengetuainya pada 2015, 2005, 1997 dan 1977.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked