Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff ketika sidang media pada Majlis Perasmian Simposium Guru-Guru Mualaf Peringkat Kebangsaan Kali Pertama Tahun 2022 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini. — Gambar: Bernama
PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyasarkan e-Muallaf, sistem pangkalan data mengenai saudara baru, akan diguna pakai di seluruh negara hujung tahun ini.
Ketua Pengarah JAKIM Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata setakat ini terdapat seramai 58,670 mualaf yang telah berdaftar dalam sistem itu, dan hanya Perlis, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu serta Kuala Lumpur yang mengguna pakai sistem tersebut pada masa ini.
“Kita akan berunding dengan pihak negeri sebab sekarang ni sudah menjadi satu keperluan juga untuk kita ada satu pangkalan data untuk membantu mualaf-mualaf ini.
“Sesetengah (negeri lain) itu mungkin sudah ada kaedah pendaftaran sistem dan sebagainya, (namun) kena ada perbincangan lanjut,” katanya kepada media selepas merasmikan Simposium Guru-guru Mualaf Peringkat Kebangsaan 2022, di sini hari ini.
Hakimah berkata sistem e-Muallaf bukan sahaja bertujuan untuk memudahkan penukaran status agama dan nama tetapi juga melibatkan kebajikan mualaf dan memudahkan pengesanan jenazah.
“Kita selalu dengar perebutan jenazah antara keluarga dengan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Ia berlaku kerana rekod tidak jelas manakala pendaftaran nama dan sebagainya tidak mengikut proses undang-undang.
“Dengan adanya sistem ini, insya-Allah ia akan mengurangkan isu sedemikian. (Kita) bimbang jika berlarutan akan mengganggu keharmonian dalam negara antara kaum,” katanya.
Sistem e-Muallaf 1.0 dibangunkan pada 2013 bagi mewujudkan satu pangkalan data terpusat maklumat saudara muslim di seluruh Malaysia.
Sistem itu telah ditingkatkan kepada e-Muallaf 2.0 dengan tambahan fungsi cetakan kad mualaf secara terus melalui sistem. Kad mualaf itu juga dilengkapi dengan kod QR bagi memudahkan semakan.
Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary dalam ucapannya pada simposium itu yang dibacakan Hakimah berkata kini terdapat lebih 315 orang guru kelas fardu ain saudara baru.
Menurut Ahmad Marzuk, guru yang terdiri daripada kaum Cina, India, Sikh, Orang Asli, Dusun dan Iban itu telah lama memeluk Islam dan mempunyai kefahaman Islam yang mendalam malah mempunyai sijil dalam bidang pengajian Islam. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.