KUALA LUMPUR: Pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh dibuat menerusi portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my, yang juga boleh diakses melalui aplikasi mudah alih i-Akaun bermula 1 April ini.
KUALA LUMPUR: Pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh dibuat menerusi portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my, yang juga boleh diakses melalui aplikasi mudah alih i-Akaun bermula 1 April ini.
KWSP dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa permohonan untuk pengeluaran tersebut akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun bermula 1 hingga 30 April ini, manakala pembayaran akan dibuat pada 20 April.
“Pembayaran akan dibuat dalam satu bayaran sahaja dan dikreditkan ke dalam akaun bank simpanan atau semasa ahli. Ahli perlu memastikan bahawa akaun bank mereka adalah aktif dan di bawah nama ahli sendiri,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memberitahu akaun bersama atau akaun yang didaftarkan di bawah nama syarikat adalah tidak dibenarkan dan semakan status permohonan boleh dibuat bermula 9 April melalui portal yang sama.
KWSP menjelaskan ahlinya yang ingin mengeluarkan simpanan digalakkan menyemak baki simpanan KWSP mereka melalui i-Akaun (ahli), aplikasi mudah alih i-Akaun, atau Kios KWSP dan jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000, dan minimum RM50.
“Ahli perlu menggunakan sepenuhnya baki dalam Akaun 2 sebelum mengakses Akaun 1 mereka. Ahli juga perlu mengekalkan jumlah minimum sebanyak RM100 dalam akaun mereka,” menurut kenyataan itu.
Pada 16 Mac lepas, kerajaan membenarkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000 bagi meringankan beban rakyat Malaysia di bawah umur 55 tahun yang masih terkesan susulan pandemik COVID-19 bermula 1 hingga 30 April ini.
“KWSP mengingatkan ahli supaya mempertimbangkan jaminan pendapatan mereka pada masa depan, dan hanya mengeluarkan simpanan mereka sekiranya benar-benar perlu,” menurut kenyataan itu.
Maklumat lanjut mengenai kemudahan pengeluaran khas tersebut boleh didapati melalui ‘Ask ELYA’ dalam laman web KWSP, atau boleh menghubungi Hotline Pengeluaran Khas di 03-8922 4848 bermula 1 April selain berjumpa pegawai Khidmat Nasihat Ahli di cawangan KWSP seluruh negara untuk mendapatkan nasihat percuma mengenai simpanan mereka. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked