JPN, MOF INTEGRASI SISTEM ELAK MYKAD HILANG DISALAH GUNA TEBUS BANTUAN KERAJAAN
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengintegrasikan sistem MyKad dengan Kementerian Kewangan (MoF) bagi memastikan kad pengenalan yang dilaporkan hilang tidak disalah guna untuk menebus bantuan kewangan yang disalurkan oleh kerajaan.
PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengintegrasikan sistem MyKad dengan Kementerian Kewangan (MoF) bagi memastikan kad pengenalan yang dilaporkan hilang tidak disalah guna untuk menebus bantuan kewangan yang disalurkan oleh kerajaan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata langkah itu diambil susulan terdapat insiden penyalahgunaan MyKad yang dilaporkan hilang telah digunakan untuk menebus Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
“Apabila seseorang melaporkan kehilangan MyKad, JPN akan segera menyahaktifkan kad tersebut dalam sistem kami… namun sebelum ini, sistem itu tidak diselaraskan dengan MOF menyebabkan kad berkenaan masih boleh digunakan untuk tujuan lain.
“Mulai sekarang, apabila MyKad dinyahaktif oleh JPN, sistem MOF juga akan menerima isyarat yang sama sekali gus menyekat penggunaannya secara automatik,” kata beliau pada sidang media selepas melakukan tinjauan di kaunter JPN sempena hari pertama pelaksanaan penggantian cip MyKad rosak secara percuma di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan seorang wanita mendakwa MyKad yang hilang telah disalah guna oleh individu tidak dikenali untuk menebus SARA.
Saifuddin Nasution berkata walaupun jumlah kes yang direkodkan sebelum ini adalah kecil iaitu kira-kira 100 kes berbanding lebih 18 juta penerima yang layak, kerajaan memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan integriti data dan keselamatan sistem subsidi bersasar.
Beliau berkata penambahbaikan itu dilaksanakan bagi menyokong inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, dengan pelaksanaan untuk orang awam bermula 30 Sept ini.
Selain integrasi sistem, Saifuddin Nasution berkata JPN turut mengambil langkah proaktif memastikan rakyat menukar MyKad rosak khususnya cip yang tidak boleh dibaca bagi mengelakkan masalah ketika menebus subsidi bersasar menggunakan dokumen pengenalan diri itu.
“Mulai hari ini hingga 7 Okt, JPN menawarkan penggantian MyKad rosak akibat cip tanpa sebarang caj berbanding caj biasa RM10… purata permohonan penggantian MyKad rosak sebelum ini ialah sekitar 30,000 sebulan tetapi selepas hebahan dibuat, angka itu dijangka meningkat kepada 40,000 permohonan,” katanya sambil menambah kemudahan itu dianggarkan menelan belanja sebanyak RM714,660 termasuk kos lain yang berkaitan kepada kerajaan.
Beliau turut memberi jaminan stok cip MyKad mencukupi dan sebahagian besar urusan penggantian sama ada di Ibu Pejabat JPN, pejabat JPN seluruh negara dan Pusat Transformasi Bandar dapat disiapkan dalam tempoh sehari.
“Langkah ini adalah untuk meminimumkan gangguan pada hari pelaksanaan subsidi bersasar namun sekiranya masih berlaku masalah teknikal, MOF telah bersedia dengan kaedah manual menggunakan nombor kad pengenalan di kaunter,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked