PRABOWO PUJI NEGARA-NEGARA YANG MENGIKTIRAF PALESTIN DI PERHIMPUNAN AGUNG PBB
Presiden Indonesia Prabowo Subianto memuji negara-negara seperti Perancis, Kanada, Australia, United Kingdom (UK) dan Portugal kerana mengiktiraf Palestin.
JAKARTA: Presiden Indonesia Prabowo Subianto memuji negara-negara seperti Perancis, Kanada, Australia, United Kingdom (UK) dan Portugal kerana mengiktiraf Palestin.
“Pengiktirafan terhadap Negara Palestin adalah langkah tepat di sisi sejarah. Kepada mereka yang belum bertindak, kami katakan sejarah tidak akan berhenti,” katanya dalam ucapan di Dewan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin, menurut Sekretariat Presiden.
Beliau turut menegaskan bahawa menamatkan perang di Gaza harus menjadi keutamaan masyarakat antarabangsa, sambil menekankan kesediaan Indonesia untuk menyumbang, termasuk menghantar pasukan pengaman di bawah mandat PBB.
“Kita mesti mengatasi kebencian, ketakutan dan prasangka. Kita mesti mencapai keamanan yang didambakan umat manusia.
“Kami bersedia menyertai perjalanan ini dan kami sanggup menyediakan pasukan pengaman,” kata Prabowo.
Persidangan peringkat tinggi PBB itu yang dipengerusikan bersama oleh Perancis dan Arab Saudi diadakan bagi menegaskan semula sokongan antarabangsa terhadap penyelesaian dua negara dan menggerakkan sokongan untuk pelaksanaannya.
Menurut PBB, para perwakilan dijangka menerima pakai dokumen hasil yang memetakan laluan ke arah penyelesaian aman bagi isu Palestin.
Prabowo menyuarakan kebimbangan terhadap krisis kemanusiaan di Gaza dan mengecam keganasan terhadap orang awam.
“Ribuan nyawa tidak berdosa, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak telah terkorban.
“Kebuluran semakin menghampiri. Bencana kemanusiaan sedang berlaku di depan mata kita.
“Kami mengecam semua bentuk keganasan terhadap orang awam yang tidak bersalah,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada Perancis dan Arab Saudi atas kepimpinan mereka menganjurkan mesyuarat itu.
Prabowo sekali lagi menegaskan sokongan negaranya terhadap penyelesaian dua negara bagi konflik Israel-Palestin, menyifatkannya sebagai satu-satunya jalan menuju keamanan berkekalan.
“Kita mesti menjamin penubuhan negara Palestin, namun Indonesia juga menyatakan bahawa sebaik sahaja Israel mengiktiraf kemerdekaan dan kedaulatan Palestin, Indonesia akan segera mengiktiraf negara Israel serta menyokong semua jaminan keselamatan untuk Israel,” katanya.
Prabowo menekankan Deklarasi New York sebagai laluan adil ke arah keamanan, sambil menegaskan bahawa pengiktirafan kenegaraan mesti membawa keamanan sejati untuk semua pihak.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager