Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISRAEL IKRAR TIDAK BENARKAN FLOTILA BANTUAN PECAHKAN SEKATAN KE GAZA

DUNIA

ISRAEL IKRAR TIDAK BENARKAN FLOTILA BANTUAN PECAHKAN SEKATAN KE GAZA

BAITULMAQDSIS: Israel semalam berikrar tidak akan membenarkan flotila yang membawa bantuan ke Gaza memecahkan sekatan yang dikenakan terhadap wilayah Palestin itu.

Antara bot terlibat Global Sumud Flotila – AFP

BAITULMAQDSIS: Israel semalam berikrar tidak akan membenarkan flotila yang membawa bantuan ke Gaza memecahkan sekatan yang dikenakan terhadap wilayah Palestin itu.

“Israel tidak akan membenarkan kapal-kapal memasuki zon pertempuran aktif dan tidak akan membenarkan pelanggaran sekatan laut yang sah,” kata kementerian luar dalam satu kenyataan, sambil menuduh Hamas terlibat dalam misi flotila itu bagi memenuhi tujuan kumpula berkenaan.

Menurut kementerian negara haram itu, kapal-kapal tersebut akan dibenarkan berlabuh di Ashkelon, dari situ bantuan boleh disalurkan ke Gaza.

“Jika misi sebenar peserta flotila adalah untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan dan bukannya berkhidmat untuk Hamas, Israel menyeru kapal-kapal tersebut berlabuh di Ashkelon dan memunggah bantuan di situ, yang mana ia akan dipindahkan segera secara berkoordinasi ke Semenanjung Gaza,” tambah kementerian itu.

Global Sumud Flotilla, yang turut membawa aktivis pro-Palestin terkenal termasuk aktivis iklim Sweden Greta Thunberg, memulakan pelayaran ke Gaza awal bulan ini dari Tunisia selepas beberapa kali tertangguh.

Ia bertujuan memecahkan kepungan Israel ke atas Gaza dan menghantar bantuan ke wilayah itu.

Sebelum memulakan pelayaran, dua buah kapal terlibat misi itu didakwa telah terkena serangan dron.

Israel sebelum ini telah menggagalkan dua percubaan kumpulan aktivis untuk sampai ke Gaza melalui laut pada Jun dan Julai. — AFP


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading