Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS KESAN LELAKI DISYAKI TERLIBAT KES PUKUL DI LEBUH RAYA 

DALAM NEGARA

POLIS KESAN LELAKI DISYAKI TERLIBAT KES PUKUL DI LEBUH RAYA 

Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes pukul menggunakan kayu di kawasan susur keluar Dengkil (arah utara) Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil, dua hari lepas (20 Sept). 

‎SHAH ALAM: Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes pukul menggunakan kayu di kawasan susur keluar Dengkil (arah utara) Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil, dua hari lepas (20 Sept). 

‎Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Mohd Akmalrizal Radzi berkata semakan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada tindakan mangsa warga tempatan yang membunyikan hon kepada suspek kerana keluar dari susur secara melulu dan masuk ke laluannya. 

‎”Apabila sampai di kawasan berhampiran R&R tersebut dan dalam keadaan lebuh raya yang sesak, mangsa telah memberhentikan lori dipandunya dan turun dari kenderaan berjumpa dengan suspek. ‎

‎”Suspek kemudiannya bertindak mengambil sebatang kayu dari dalam keretanya dan memukul lengan mangsa sebanyak satu kali. Mangsa terus menghampiri suspek yang mengundur ke belakang sebelum kembali ke lorinya untuk mengambil telefom bimbit bertujuan mengambil gambar suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

‎Mohd Akmalrizal berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 324 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan. 

‎Beliau memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk hadir ke balai polis berhampiran atau boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222 bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, tular video di media sosial yang memaparkan seorang lelaki yang bersenjatakan kayu panjang kelihatan bertelagah dengan seorang lagi lelaki lain di susur kanan sebuah lebuh raya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading