Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEBENARAN RAPAT SAF: UMAT ISLAM PERLU TERUS PATUH SOP – IDRIS

DALAM NEGARA

KEBENARAN RAPAT SAF: UMAT ISLAM PERLU TERUS PATUH SOP – IDRIS

“Aspek pematuhan SOP perlu dikekalkan. Yang belum ambil vaksin atau dos penggalak, perlu segera berbuat demikian,”

Jemaah dilihat menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara secara rapat saf susulan pengumuman Malaysia memasuki Fasa Peralihan ke Endemik bermula hari ini. — Sumber foto: BERNAMA

PUTRAJAYA: Umat Islam di negara ini diingatkan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 ketika menunaikan solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal (rapat saf) di masjid dan surau.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata pematuhan SOP juga perlu dipraktikkan ketika menghadiri sebarang program keagamaan sepanjang Ramadan.

“Aspek pematuhan SOP perlu dikekalkan. Yang belum ambil vaksin atau dos penggalak, perlu segera berbuat demikian,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Sambutan Ihya’ Ramadan Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri pada 8 Mac lepas mengumumkan aktiviti solat berjemaah di masjid dan surau serta upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam, boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal bermula 1 April 2022.

Idris dalam pada itu menasihatkan ‘geng plastik hitam’ agar tidak mengulangi perbuatan sama untuk mengelakkan diri dari terus dibelenggu dosa kerana tidak berpuasa wajib ketika Ramadan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading