Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GURU ROTAN MURID LIMA KALI KERANA MINTA RAKAN TANGGALKAN SONGKOK

DALAM NEGARA

GURU ROTAN MURID LIMA KALI KERANA MINTA RAKAN TANGGALKAN SONGKOK

Ujarnya, guru terbabit dikatakan tidak berpuas hati dengan murid itu yang meminta rakannya yang duduk di bahagian hadapan kelas menanggalkan songkok kerana dia sukar melihat tulisan di papan putih.

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang guru sekolah Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di  Cheras  didakwa merotan seorang murid  hanya kerana dia meminta rakan dihadapannya menanggalkan  songkok kerana sukar melihat tulisan di papan putih. 

Ketua Polis Daerah Cheras, Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan dibuat bapa mangsa pada Selasa lalu berkaitan kejadian itu.

Ujarnya, guru terbabit dikatakan tidak berpuas hati dengan murid itu yang meminta rakannya yang duduk di bahagian hadapan kelas menanggalkan songkok kerana dia sukar melihat tulisan di papan putih.

“Siasatan awal mendapati guru terbabit telah merotan pelajar itu sebanyak lima kali sehingga menyebabkan badannya mengalami kesan calar dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

“Pegawai penyiasat kes telah hadir ke sekolah berkenaan namun dimaklumkan oleh pihak sekolah bahawa guru terbabit sedang bercuti dan berada di luar kawasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Kes disiasat di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading