KEBULURAN PAKSA WANITA DI GAZA JUAL BARANG KEMAS UNTUK MAKANAN
“Ia adalah peninggalan terakhir daripada ibu saya, yang meninggal dunia beberapa tahun lalu. Saya tidak pernah terfikir untuk melepaskannya, tetapi anak-anak saya kelaparan, dan saya memerlukan wang untuk membeli sedikit makanan. Konflik memaksa kami melakukan apa sahaja dan kenangan tidak boleh menyelamatkan kami daripada kematian atau kebuluran
GAZA: Serangan Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza memaksa seorang wanita, Samia Ahmed membuat keputusan yang amat menyedihkan dalam hidupnya, lapor Xinhua.
Di sebatang jalan yang hancur di bandar Khan Younis, selatan Gaza, dia menjual cincin emasnya yang berharga kepada seorang peniaga barang kemas. Keseluruhan proses hanya mengambil beberapa minit, tetapi kesedihannya masih dirasai wanita itu.
“Ia adalah peninggalan terakhir daripada ibu saya, yang meninggal dunia beberapa tahun lalu. Saya tidak pernah terfikir untuk melepaskannya, tetapi anak-anak saya kelaparan, dan saya memerlukan wang untuk membeli sedikit makanan.
“Konflik memaksa kami melakukan apa sahaja untuk terus hidup. Kenangan tidak boleh menyelamatkan kami daripada kematian atau kebuluran,” kata Samia sambil meyakinkan dirinya bahawa itu adalah pilihan yang tepat.
Lapan bulan lalu, Samia dan keluarganya dipindahkan dari rumah mereka di Bandaraya Gaza di utara Gaza dan menuju ke pantai Khan Younis untuk mendirikan khemah sementara.
Namun, serangan udara Israel ke atas pasar Khan Younis pada Mac mengakibatkan suami Samia kehilangan kaki kanannya sekali gus keluarga itu kehilangan sumber utama pendapatan.
“Selama berbulan-bulan ini, kami hidup dalam malapetaka. Semua keperluan asas untuk manusia bertahan menjadi semakin sukar diperoleh di sini,” keluh Samia.
Sama seperti Samia, Alia Amin, seorang ibu berusia 45 tahun dengan tujuh anak dari Deir al-Balah, juga terpaksa menjual barang kemasnya untuk membeli khemah untuk keluarganya yang terpaksa berpindah dari kawasan pantai Al-Mawasi di barat Rafah tiga hari lalu.
“Kami terpaksa melarikan diri dari satu tempat ke tempat lain hanya untuk terus hidup,” katanya kepada Xinhua, sambil menambah bahawa suaminya terbunuh dalam serangan udara Israel di bandar Rafah empat bulan lalu.
Untuk terus hidup dalam perpindahan paksa yang tidak berkesudahan, Alia tidak ada pilihan selain menjual barang kemasnya satu persatu.
“Saya baru sahaja menjual barang kemas terakhir saya. Saya tidak tahu bagaimana saya akan hadapi apabila wang itu habis,” kata Alia.
Seperti Samia dan Alia, ramai wanita terpaksa menjual barang kemas mereka untuk menampung keluarga mereka.
Zuheir, seorang peniaga barang kemas di kawasan Al-Mawasi, berkata kerana perang, wanita terpaksa menjual barang kemas mereka pada harga rendah.
“Setiap hari, puluhan wanita datang untuk menjual barang kemas mereka untuk mendapatkan wang,” kata Zuheir.
Sebelum konflik, setiap gram barang kemas emas dijual pada harga US$50, tetapi kini, ia hanya bernilai US$30, menurut Zuheir.
Jumlah itu hanya boleh membeli tidak lebih daripada dua kilogram gula di utara Gaza, berdasarkan laporan PBB pada Mei.
Zuheir memberi amaran, wanita di Gaza akan segera menjual barang kemas terakhir mereka, dan keadaan hanya akan menjadi semakin suram bagi mereka dan keluarga mereka. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked