Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA WARGA SINGAPURA, SEORANG RAKYAT MALAYSIA SESAT KETIKA DAKI BUKIT APEK DITEMUI SELAMAT

DALAM NEGARA

TIGA WARGA SINGAPURA, SEORANG RAKYAT MALAYSIA SESAT KETIKA DAKI BUKIT APEK DITEMUI SELAMAT

Tiga warga Singapura serta seorang rakyat Malaysia yang dilaporkan sesat semasa mendaki Bukit Apek di Cheras pada petang semalam, berjaya ditemui dalam keadaan selamat, malam tadi.

KUALA LUMPUR: Tiga warga Singapura serta seorang rakyat Malaysia yang dilaporkan sesat semasa mendaki Bukit Apek di Cheras pada petang semalam, berjaya ditemui dalam keadaan selamat, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 7.19 petang sebelum mengerahkan anggotanya ke lokasi kejadian.

“Kejadian melibatkan tiga orang sekumpulan warga Singapura dan seorang warganegara Malaysia yang berumur dalam lingkungan 22 tahun dipercayai telah sesat, bagaimanapun mangsa masih boleh dihubungi.

“Namun kesemua mangsa berjaya ditemui pihak bomba kira-kira jam 11.30 malam dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, kesemua mangsa berjaya dibawa turun pada jam 1.02 pagi tadi sebelum menyerahkan mereka kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan seterusnya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading