Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ANGKA KORBAN DI GAZA MENINGKAT KEPADA 37,877 PADA HARI KE-268 PERANG

DUNIA

ANGKA KORBAN DI GAZA MENINGKAT KEPADA 37,877 PADA HARI KE-268 PERANG

Sekurang-kurangnya 43 rakyat Palestin terbunuh dan 111 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lalu ketika rejim Israel melakukan tiga lagi serangan di Gaza, menurut sumber perubatan.

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

GAZA: Sekurang-kurangnya 43 rakyat Palestin terbunuh dan 111 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lalu ketika rejim Israel melakukan tiga lagi serangan di Gaza, menurut sumber perubatan.

Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan bahawa jumlah rakyat Palestin yang terkorban sejak 7 Oktober kini meningkat kepada 37,877 orang dengan 86,969 individu cedera, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) pada Ahad.

Sementara itu, ambulans dan pasukan penyelamat masih gagal mencapai kebanyakan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan atau mayat di jalan-jalan di seluruh wilayah yang dilanda perang ekoran Israel terus menghalang pergerakan pasukan itu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading