Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KELINDAN MAUT LORI LANGGAR TRELER DI LORONG KECEMASAN

DALAM NEGARA

KELINDAN MAUT LORI LANGGAR TRELER DI LORONG KECEMASAN

SEREMBAN: Seorang kelindan maut selepas tercampak keluar dari lori membawa muatan besi besi aluminium apabila kenderaan itu melanggar sebuah treler yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer (km) 250 Lebuhraya Utara-Selatan, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata dalam kejadian pada kira-kira pukul 7.40 pagi itu, mangsa Mohamad Nur Imran Hamidun 23, bersama pemandu lori jenis Hino Muhamad Afzan Zakaria, 31, sedang dalam perjalanan dari Alor Gajah menuju ke Seremban.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, lori berkenaan dipercayai hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang sebuah treler jenis Scania membawa muatan getah industri seberat 26 tan metrik yang berhenti di lorong kecemasan kerana dikatakan mengalami kerosakan.

“Akibat pelanggaran yang kuat itu, Mohamad Nur Imran tercampak keluar ke atas lebuh raya dan mengalami kecederaan parah di seluruh badan serta disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Muhamad Afzan hanya cedera ringan di tangan manakala pemandu treler berusia 57 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat dibawa ke Jabatan forensik Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Kemalangan tersebut turut mengakibatkan kesesakan sepanjang kira-kira empat km iaitu selama hampir dua jam. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading