AMBIL PELUANG RAMADAN LATIH DIRI AMAL GAYA HIDUP SIHAT
Elak makan berlebihan dan ambil peluang berpuasa pada bulan Ramadan ini sebagai satu latihan mengamalkan diet yang seimbang serta menurunkan berat badan bagi menjamin kesihatan yang baik, kata pakar kesihatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
KUALA LUMPUR: Elak makan berlebihan dan ambil peluang berpuasa pada bulan Ramadan ini sebagai satu latihan mengamalkan diet yang seimbang serta menurunkan berat badan bagi menjamin kesihatan yang baik, kata pakar kesihatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Dekan Fakulti Sains Kesihatan UKM Prof Dr Suzana Shahar berkata separuh daripada jumlah orang dewasa di negara ini mengalami masalah obesiti atau setiap dua rakyat Malaysia, seorang daripadanya mengalami masalah berat badan berlebihan.
“Sepatutnya pada bulan Ramadan ini seseorang individu boleh mengurangkan kira-kira 500 kalori sekiranya kita tidak makan pada waktu siang berbanding hari biasa.
“Kebiasaannya pada hari-hari lain, kita akan memperoleh 2,000 hingga 3,000 kalori sehari dengan lima kali waktu makan berbanding waktu makan pada bulan puasa,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Suzana berkata walaupun ada yang berupaya dan berjaya mengurangkan berat badan pada bulan puasa, mungkin tidak ramai yang mampu mengekalkan berat badan berkenaan kerana ia akan meningkat semula pada hari raya.
“Paling penting sewaktu berbuka, dinasihatkan untuk berbuka secara bersederhana, perkara ini boleh dikawal dengan pengambilan makanan menggunakan konsep suku-suku, contohnya suku nasi iaitu satu senduk nasi penuh, suku ayam atau ikan sepotong, sayur serta buah-buahan.
“Sebaiknya pada waktu berbuka itu dimulakan dengan makanan gula segera iaitu ‘fast release sugar’ seperti kurma dalam tiga biji dan minum air panas atau suam terlebih dahulu,” katanya.
Jelas beliau lagi, selepas solat maghrib barulah disarankan mengambil makanan mengandungi karbohidrat yang tinggi seperti nasi, pasta dan beberapa hidangan yang lain.
“Selain itu, masalah keracunan makanan pada bulan puasa sering kali berlaku, diingatkan kepada orang ramai untuk masak sendiri dan hanya beli juadah yang sukar dimasak sahaja,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Pencegahan Obesiti Kanak-Kanak dan Dewasa Kevin Zahri berkata bagi mengekalkan tenaga sepanjang bulan Ramadan ini, orang ramai disarankan mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks.
“Contohnya ‘brown bread’, oat, nasi perang atau makanan yang berserat kerana makanan-makanan seperti ini akan dihadam dengan perlahan dan membekalkan tenaga yang berkekalan.
“Selain itu, protein juga dapat mengenyangkan sementara gula ringkas seperti kuih, biskut, nasi putih kurang mengenyangkan dan membekalkan tenaga yang cepat,” katanya.
Kevin yang juga terkenal sebagai guru kecergasan dalam media sosial turut berkongsi jenis senaman yang boleh diamalkan ketika Ramadan iaitu sebelum dan selepas berbuka puasa.
“Sebelum berbuka, lakukan senaman yang rendah intensiti dan tidak memudaratkan seperti berjalan kaki manakala selepas berbuka pula dibenarkan untuk tinggi intensiti contohnya lompat tali dapat membantu membakar kalori yang banyak,” katanya.
Beliau juga menasihatkan orang ramai untuk menggunakan kelebihan bulan Ramadan agar sentiasa cuba membaiki kesihatan diri secara menyeluruh merangkumi mental, fizikal dan spiritual.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests