Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU LORI TERSEPIT LANGGAR PLAZA TOL

DALAM NEGARA

PEMANDU LORI TERSEPIT LANGGAR PLAZA TOL

Seorang lelaki dilaporkan tersepit di bahagian pemandu selepas lori membawa muatan simen dipandunya melanggar plaza tol Bukit Kajang, di Kajang, tengah hari tadi.

KAJANG: Seorang lelaki dilaporkan tersepit di bahagian pemandu selepas lori membawa muatan simen dipandunya melanggar plaza tol Bukit Kajang, di sini tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 1:06 tengah hari sebelum mengerahkan anggota ke lokasi kejadian.

Katanya jarak lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang sejauh 5 kilometer (km).

“Komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan sebuah lori simen telah melanggar tol.

“Seorang mangsa lelaki berbangsa Melayu berusia 36 tahun telah tersepit di bahagian pemandu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading