PGA7 RAMPAS MERCUN, BUNGA API BERNILAI HAMPIR RM50,000 DI PASIR MAS
Sejumlah mercun dan bunga api bernilai hampir RM50,000 dirampas anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) berikutan penahanan seorang lelaki tempatan di Jalan Tunjong-Pasir Mas, di sini, semalam.
PASIR MAS: Sejumlah mercun dan bunga api bernilai hampir RM50,000 dirampas anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) berikutan penahanan seorang lelaki tempatan di Jalan Tunjong-Pasir Mas, di sini, semalam.
Pegawai Pemerintah Medan Op Wawasan Kelantan Supt Azhari Nusi berkata dalam kejadian pada 9.15 malam itu, suspek berusia 22 tahun berkenaan ditahan selepas Perodua Kelisa yang dipandunya dilihat dalam keadaan mencurigakan.
Katanya hasil pemeriksaan di dalam kereta tersebut ditemukan pelbagai mercun dan bunga api yang disembunyikan di dalam guni dan kotak di tempat duduk belakang serta di bahagian but kereta.
“Susulan soal siasat lanjut ke atas lelaki berkenaan, anggota PGA7 menyerbu sebuah stor bersebelahan premis kediaman keluarga suspek di Kampung Kenjing Repek pada 11 malam.
“Dalam serbuan tersebut, anggota PGA7 berjaya menjumpai mercun dan bunga api pelbagai jenama yang disembunyikan dan dipercayai dijadikan sebagai transit sementara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata siasatan juga mendapati kesemua mercun yang dirampas dipercayai diseludup dari Thailand dan akan dipasarkan di sekitar Pasir Mas ekoran permintaan yang tinggi menjelang musim perayaan.
Azhari berkata secara keseluruhannya, pihaknya merampas 40 bungkusan dan 1,208 kotak mercun serta bunga api yang dianggarkan bernilai RM49,692.
“Tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
“Pihak PGA7 percaya akan ada banyak lagi cubaan penyeludup untuk membawa masuk mercun dan bunga api dari negara jiran kerana permintaan yang tinggi,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked