Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEMALANGAN PUTRAJAYA: PEMANDU TRELER DIREMAN EMPAT HARI

DALAM NEGARA

KEMALANGAN PUTRAJAYA: PEMANDU TRELER DIREMAN EMPAT HARI

PUTRAJAYA: Pemandu treler yang terbabit dalam insiden rempuhan lebih sedozen kenderaan di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong di sini semalam direman empat hari bermula hari ini.

Pemandu treler yang terbabit dalam insiden rempuhan lebih sedozen kenderaan di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong di sini semalam direman empat hari bermula hari ini. – Bernama

PUTRAJAYA: Pemandu treler yang terbabit dalam insiden rempuhan lebih sedozen kenderaan di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong di sini semalam direman empat hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 29 tahun itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin yang membenarkan permohonan polis untuk siasatan kes tersebut di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada 10.15 pagi itu, yang melibatkan 14 kenderaan termasuk sebuah motosikal polis trafik, lori treler berkenaan melanggar barisan kenderaan yang sedang berhenti di laluan terbabit menyebabkan dua penunggang motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A.Asmadi Abdul Aziz semalam berkata dua mangsa yang maut itu dikenal pasti sebagai Faris Haziq Abu Bakar, 25, yang merupakan pekerja Pos Malaysia dan Yuswar Mohd Uyus, 39, pekerja di Mahkamah Ampang.

A.Asmadi semalam turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau bukti kemalangan tersebut agar membantu siasatan polis mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata pemandu treler itu tidak mempunyai rekod kesalahan trafik dan ujian air kencing yang dilakukan terhadapnya didapati negatif. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading