MALAYSIA DAN TURKIYE SEPAKAT TANGANI ANCAMAN ISLAMOFOBIA
NEW YORK: Malaysia dan Turkiye mencapai kesepakatan untuk menangani ancaman Islamofobia dan perkauman menerusi pelbagai langkah yang sedang dan akan dilaksanakan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) bersalam dengan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan ketika mengadakan pertemuan dua hala sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 hari ini. — Bernama
NEW YORK: Malaysia dan Turkiye mencapai kesepakatan untuk menangani ancaman Islamofobia dan perkauman menerusi pelbagai langkah yang sedang dan akan dilaksanakan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan bersetuju mempertingkatkan usaha kerjasama dan strategi mengekang bagi gerakan membenci Islam oleh pihak tertentu yang berpusat di serata dunia.
“Kita membincangkan sikap prasangka melampau terhadap apa juga Islam di barat dan negara lain. Dalam pertemuan saya dengan Presiden Erdogan, kami bersetuju meningkatkan usaha ke arah kerjasama dan strategi mengatasai masalah sedemikian,” kata Perdana Menteri pada satu sidang media.
Kedua-dua pemimpin yang hadir di New York sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 sebelum itu mengadakan pertemuan dua hala di Turkish House di sini, hari ini.
Menurut Anwar, Turkiye akan melaksanakan strategi berkenaan di lokasi kegiatan yang berpusat di Eropah dan Timur Tengah, manakala Malaysia bertumpu di rantau Asia.
“Ada beberapa siri persidangan telah dianjurkan sebelum ini dan akan diteruskan. Perbincangan lanjut mengenai usaha menangani Islamofobia ini akan diteruskan semasa Erdogan melawat Malaysia Disember ini,” katanya.
Anwar berkata selain persidangan dan penerangan, penerbitan untuk menjawab prasangka dan sikap melampau terhadap Islam kepada masyarakat dunia juga akan turut dibuat, antaranya penerbitan lebih 100,000 naskah al-Quran yang diterjemahkan dalam pelbagai bahasa.
Usaha ini katanya termasuk 15,000 naskah terjemahan kitab suci itu ke dalam bahasa Sweden yang telah dihantar ke negara berkenaan. Ia disebarkan ke pusat pengajian, universiti dan masjid. Naskah terjemahan al-Quran juga dihantar ke Australia, Amerika Syarikat dan negara lain.
Selepas pertemuan lebih 30 minit itu, kedua-dua pemimpin turut mengeluarkan satu kenyataan bersama mengenai “Increasing Hatred, Intolerance, Discrimination and Acts of Violence Against Muslims and Their Sanctities.”
Dalam kenyataan itu, Anwar dan Erdogan menyatakan kebimbangan mengenai ancaman Islamofobia yang semakin berleluasa, pembakaran al-Quran di beberapa negara Eropah dan meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kerajaan di seluruh dunia meningkatkan usaha ke arah mewujudkan toleransi agama. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests