Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEMARAU: BEKALAN AIR DI LEMBAH KLANG MAMPU BERTAHAN 8 BULAN

DALAM NEGARA

KEMARAU: BEKALAN AIR DI LEMBAH KLANG MAMPU BERTAHAN 8 BULAN

 Bekalan air di Lembah Klang mencukupi dan mampu bertahan selama lapan bulan sekiranya kemarau berlaku di kawasan itu, yang dijangka pada 2025.

SHAH ALAM: Bekalan air di Lembah Klang mencukupi dan mampu bertahan selama lapan bulan sekiranya kemarau berlaku di kawasan itu, yang dijangka pada 2025.

Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Hasrolnizam Shaari berkata bekalan akan diperoleh melalui tiga kaedah seperti menerusi empangan, kolam takungan dan air bawah tanah yang masing-masing boleh menampung penggunaan selama dua hingga empat bulan.

Beliau berkata berdasarkan tiga kaedah itu, ia mampu menyediakan bekalan air sebanyak 5,000 juta liter sehari yang bersamaan dengan jumlah pengeluaran semasa.

“Kita perlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak supaya terus menjaga kualiti air dengan mengelakkan sebarang insiden pencemaran,” katanya kepada pemberita pada majlis Hi-Tea bersama pengamal media di I-City hari ini.

Hasrolnizam juga berkata pembenihan awan adalah kaedah terakhir yang akan digunakan oleh pihaknya.

Beliau berkata Dasar Pelepasan Sifar (ZDP) dijangka dilaksanakan selewat-lewatnya Ogos depan namun ia tertakluk kepada kerajaan negeri.

“Kos atau bayaran bagi ZDP ini masih dalam sesi libat urus dengan pihak berkepentingan serta kilang manakala bayaran yang dikenakan akan diguna semula bagi tujuan pemuliharaan persekitaran termasuk sungai, parit dan muara,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading