POLIS TUBUH UNIT TINDAKAN KHAS CEGAH CUBAAN BUNUH DIRI DI JAMBATAN PULAU PINANG
Secara purata, seramai 77 orang di negeri itu membunuh diri dalam tempoh setahun sepanjang tiga tahun lepas iaitu di antara 2020 hingga Mei 2022 dan daripada statistik itu pula, sebanyak 20 kes adalah dengan cara terjun dari jambatan.
GEORGE TOWN: Polis menubuhkan satu unit tindakan khas melibatkan anggota trafik untuk meronda secara berkala di Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) dalam usaha mencegah tindakan bunuh diri dengan terjun dari kedua-dua jambatan.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata secara purata, seramai 77 orang di negeri itu membunuh diri dalam tempoh setahun sepanjang tiga tahun lepas iaitu di antara 2020 hingga Mei 2022 dan daripada statistik itu pula, sebanyak 20 kes adalah dengan cara terjun dari jambatan.
Beliau berkata pihaknya turut membawa isu itu kepada pengetahuan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan turut bekerjasama dengan beberapa pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan dalam mencari penyelesaian kepada insiden tersebut.
“Kes bunuh diri adalah isu sensitif termasuk kepada keluarga mangsa dan adalah sukar untuk kita menyatakan motif tindakan itu diambil sama ada (berpunca daripada) masalah peribadi, tekanan keluarga atau wang.
“Lebih perhatian dan kekerapan laporan bunuh diri dengan terjun dari Jambatan Pulau Pinang juga boleh menyebabkan lebih ramai yang cuba membunuh diri dengan cara terjun dari situ,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Mohd Shuhaily berkata kesesakan luar biasa yang berlaku di Jambatan Pulau Pinang dan JSAHMS sejak kebelakangan ini adalah disebabkan peningkatan jumlah kenderaan yang menggunakan kedua-dua jambatan.
Beliau berkata pihaknya yang turun padang selepas sering mendapat laporan daripada pengguna berhubung kesesakan itu mendapati jumlah kenderaan di kedua-dua jambatan meningkat sebanyak 15.9 peratus sepanjang bulan lepas berbanding Mei 2019.
“Saya sendiri turun padang sejak bulan lepas bagi memantau kesesakan luar biasa dan kami mendapati sebanyak 3.1 juta kenderaan menggunakan kedua-dua jambatan pada bulan lepas berbanding hanya 2.8 juta kenderaan pada Mei 2019.
“Berdasarkan statistik, kenderaan yang melalui semua jalan raya bertol di negeri ini meningkat sebanyak 5.7 peratus sepanjang Januari hingga Mei tahun ini iaitu 50.8 juta kenderaan berbanding tempoh sama pada 2019 (48 juta kenderaan),” katanya sambil menambah ini kerana orang ramai semakin yakin bahawa pandemik COVID-19 sudah terkawal dan rakyat kini bebas bergerak selepas tiada lagi sekatan.
Beliau berkata isu kesesakan khususnya di Jambatan Pulau Pinang turut mendapat perhatian kerajaan negeri dan satu perjumpaan dengan pihaknya serta beberapa agensi akan diadakan dalam masa terdekat bagi mencari penyelesaian terbaik memandangkan ia berkait rapat dengan kesejahteraan rakyat.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests