KEPUTUSAN PERMOHONAN SITI BAINUN TANGGUH HUKUMAN PENJARA DIKETAHUI 23 MEI
Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 23 Mei untuk keputusan permohonan Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali bagi penggantungan pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun atas kesalahan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down, dikenali sebagai Bella.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 23 Mei untuk keputusan permohonan Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali bagi penggantungan pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun atas kesalahan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down, dikenali sebagai Bella.
Hakim Datuk Ahmad Bache menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad dan peguam Ahmad Faiz Munawar yang mewakili Siti Bainun selaku pemohon.
“Saya perlu meneliti hujahan kedua-dua pihak dan afidavit yang difailkan khususnya mengenai perubatan pemohon. Saya akan memberikan keputusan pada Selasa ini, jam 2.30 petang,” kata hakim itu.
Siti Bainun, 31, memohon untuk penggantungan pelaksanaan hukuman penjara itu sementara menunggu rayuan terhadap sabitan dan hukuman didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.
Terdahulu, peguam Ahmad Faiz Munawar yang mewakili Siti Bainun berhujah bahawa anak guamnya mempunyai penyakit hempedu selain tahap kesihatannya semakin merudum sejak dimasukkan ke dalam penjara pada 3 Mei lepas.
“Kami mohon penangguhan pelaksanaan hukuman ini dapat diberikan kerana semalam pemohon (Siti Bainun) ada mengadu tekanan darahnya meningkat,” katanya yang turut mengendalikan kes itu bersama peguam Mohammad Farhan Maaruf.
Sementara itu, Nor Azizah berkata tiada laporan terperinci yang menyatakan tahap kesihatan Siti Bainun semakin merosot.
“Pemohon telah ditawarkan doktor pakar untuk menerima rawatan namun dia menolak tawaran itu. Tambahan pula, kemudahan rawatan di penjara mencukupi dan jika ada implikasi boleh dirujuk kepada pakar perubatan.”
“Oleh itu, tidak timbul isu pemohon tidak mendapat rawatan sewajarnya semasa berada dalam penjara,” katanya dan menambah tiada keadaan khas untuk mahkamah membenarkan permohonan itu.
Pada 3 Mei lepas, Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi memerintahkan Siti Bainun menjalani hukuman penjara 12 tahun serta-merta selepas menolak permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman.
Wanita itu dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara tersebut.
Izralizam menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Siti Bainun selepas mendapati dia bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella, 13, di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.
Mahkamah turut memerintahkan Siti Bainun menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM5,000.
Dia juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.
Turut hadir pada prosiding hari ini ialah peguam pemerhati iaitu Datuk Khairul Anwar Rahmat dan Mohd Radzi Yatiman yang dilantik Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager