Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERAJAAN MAHU GUNA KEPAKARAN ANAK TEMPATAN TINGKAT KESELAMATAN SIBER NEGARA

DALAM NEGARA

KERAJAAN MAHU GUNA KEPAKARAN ANAK TEMPATAN TINGKAT KESELAMATAN SIBER NEGARA

Mesyuarat turut mengambil maklum dan berbincang mengenai pembentangan berhubung situasi semasa keselamatan siber negara yang secara umumnya menunjukkan trend penurunan insiden keselamatan siber dari tahun 2023 hingga 2024.

Gambar FAIL

KUALA LUMPUR: Anak-anak tempatan berkepakaran dalam keselamatan siber diseru bekerjasama dengan kerajaan agar ekosistem keselamatan siber di negara ini dapat dipertingkatkan dengan lebih menyeluruh.

Perkara itu ditekankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mempengerusikan Mesyuarat Keselamatan Siber Negara Bilangan 1/2025 hari ini. 

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah berkata kerajaan mempunyai keyakinan tinggi terhadap kepakaran tempatan dalam berhadapan cabaran keselamatan siber.

“Keupayaan agensi berkaitan dengan kerjasama pelbagai institusi pendidikan serta industri tempatan mampu memastikan Malaysia sentiasa bersedia dan berupaya menghadapi ancaman siber semasa dan akan datang,” katanya.

Tunku Nashrul berkata demikian pada taklimat harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan secara langsung di Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia hari ini.

Beliau berkata dalam mesyuarat tersebut Perdana Menteri sekali lagi menegaskan mengenai kepentingan keselamatan siber yang menjadi keutamaan negara. 

Tunku Nashrul berkata kerajaan, pihak swasta dan rakyat mempunyai peranan memastikan Malaysia berdaya tahan mendepani cabaran keselamatan siber.

Beliau berkata mesyuarat turut mengambil maklum dan berbincang mengenai pembentangan berhubung situasi semasa keselamatan siber negara yang secara umumnya menunjukkan trend penurunan insiden keselamatan siber dari tahun 2023 hingga 2024.

“Turut dibentangkan adalah status pelaksanaan Akta Keselamatan Siber 2024 [Akta 854] yang terus diperkukuhkan melalui tambahan pelantikan ketua sektor infrastruktur maklumat kritikal negara (NCII) dan pakar keselamatan siber,” katanya.

Tunku Nashrul berkata pembentangan lain merujuk kepada penganjuran Cyber Games dan persidangan peringkat ASEAN mengenai jenayah siber oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Council of Europe dan Interpol pada Mei ini. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading