Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MUAT NAIK KANDUNGAN VIDEO SUMBANG, KEPUTUSAN KES ALIFF SYUKRI DIKETAHUI JUMAAT INI

DALAM NEGARA

MUAT NAIK KANDUNGAN VIDEO SUMBANG, KEPUTUSAN KES ALIFF SYUKRI DIKETAHUI JUMAAT INI

Pada 13 Okt 2022, Aliff Syukri, 38, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan memuat naik kandungan video sumbang melalui akaun Instagram miliknya, iaitu aliffsyukriterlajaklaris dengan niat menyakiti hati orang lain pada 13, 15, 17 dan 21 April 2022.

Sumber Gambar: BERNAMA

SEPANG: Mahkamah Sesyen Sepang menangguhkan tarikh keputusan kes membabitkan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang menghadapi empat pertuduhan memuat naik kandungan video sumbang, kepada 14 Mac.

Hakim Ahmad Fuad Othman menetapkan tarikh itu pada prosiding hari ini, yang sebelum ini ditetapkan bagi keputusan pada akhir kes pendakwaan terhadap usahawan berkenaan. 

Aliff Syukri diwakili peguam Awang Armadajaya Awang Mahmud, Mohd Radzlan Jalaludin dan Hasshahari Johari Mawi, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Faten Hadni Khairuddin.

Pada 13 Okt 2022, Aliff Syukri, 38, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan memuat naik kandungan video sumbang melalui akaun Instagram miliknya, iaitu aliffsyukriterlajaklaris dengan niat menyakiti hati orang lain pada 13, 15, 17 dan 21 April 2022.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading