Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERAJAAN NEGERI TUNGGU LAPORAN PENUH INSIDEN MURID DIMARAHI GURU DI KANTIN – AMIRUDIN 

DALAM NEGARA

KERAJAAN NEGERI TUNGGU LAPORAN PENUH INSIDEN MURID DIMARAHI GURU DI KANTIN – AMIRUDIN 

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ketika ini kes berkenaan sedang disiasat Jabatan Pendidikan Selangor (JPNS) dan sebarang tindakan berhubung insiden itu hanya akan diputuskan selepas siasatan terperinci selesai dijalankan.

Sumber Gambar: BERNAMA

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor sedang menunggu laporan penuh siasatan berhubung insiden seorang murid didakwa dimarahi guru di hadapan rakannya yang dipercayai berlaku di kantin sebuah sekolah rendah di negeri ini pada 14 April epas.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ketika ini kes berkenaan sedang disiasat Jabatan Pendidikan Selangor (JPNS) dan sebarang tindakan berhubung insiden itu hanya akan diputuskan selepas siasatan terperinci selesai dijalankan.

“Jabatan Pendidikan sedang lihat perkara ini dan kita tunggu laporan berkaitan. Kita hendak tahu punca kejadian dan tahap kemarahan (cikgu terbabit).

“Kita tidak boleh hukum guru itu terus sebab kadang-kadang mereka tertekan dengan persekitaran yang mencabar … kena saling memahami,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini hari ini.

Baru-baru ini, tular rakaman video berdurasi 2.32 minit yang menunjukkan seorang murid menangis teresak-esak semasa memberi penjelasan kepada guru yang sedang memarahinya.

Susulan kejadian itu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dilaporkan berkata kementerian akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan menyiasat insiden berkenaan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading