Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS TAHAN SUSPEK RAGUT PENUNGGANG MOTOSIKAL WARGA EMAS

DALAM NEGARA

POLIS TAHAN SUSPEK RAGUT PENUNGGANG MOTOSIKAL WARGA EMAS

Polis menahan seorang lelaki yang meragut seorang wanita warga emas di Jalan Tembaga, Taman Greenview, dekat Jelutong, di Georgetown, yang kejadiannya turut tular di media sosial.

GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki yang meragut seorang wanita warga emas di Jalan Tembaga, Taman Greenview, dekat Jelutong, di sini, yang kejadiannya turut tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata warga tempatan berusia 29 tahun yang disyaki terlibat dalam kes itu, ditangkap berhampiran Jalan Lim Khoon Huat, di sini pada 4 pagi tadi, hasil maklumat dan risikan.

Beliau berkata terdahulu wanita berusia 71 tahun itu tampil membuat laporan polis pada 4.30 petang semalam, memaklumkan yang telah diragut seorang lelaki menaiki motosikal.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada 26 Mei, kira-kira 3.30 petang. Ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal melalui Jalan Tembaga, Taman Greenview, Jelutong telah ditarik rantainya oleh seorang penunggang motosikal lelaki yang tidak dikenali.

“Dalam kejadian ini, rantai emas mangsa telah terputus dan sebahagiannya disyaki telah dilarikan oleh suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Abdul Rozak berkata video kejadian turut dikesan tular di media sosial, memaparkan seorang penunggang motosikal wanita telah diragut seorang lelaki yang menunggang motosikal.

Dalam rakaman itu, beliau berkata mangsa dan suspek dilihat terjatuh di atas jalan dan suspek melarikan diri selepas wanita itu bertindak mempertahankan dirinya.

Beliau berkata polis turut merampas barang kes daripada suspek, antaranya motosikal dan pakaian yang digunakan semasa melakukan jenayah terbabit, sementara saringan air kencing mendapati suspek positif ganja dan Benzo.

Abdul Rozak berkata suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 2 Jun untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun.

Terdahulu rakaman video berdurasi 12 saat memaparkan seorang wanita sedang bergelut dengan seorang lelaki disyaki peragut, tular di media sosial sejak malam tadi.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading