KERAJAAN SELANGOR BENTANG USUL PERCEPAT SIASATAN KES FAISAL HALIM
Pertimbangan itu dibuat mengambil kira kerajaan negeri tidak menerima sebarang maklum balas berhubung siasatan kes serangan asid terhadap pemain kebangsaan itu yang telah menjangkau 10 bulan.
SHAH ALAM: Kerajaan negeri bersedia untuk sekali lagi membentangkan usul mempercepat siasatan kes membabitkan pemain Selangor FC Muhammad Faisal Halim pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang bermula Selasa ini.
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri Mohd Najwan Halimi berkata pertimbangan itu dibuat mengambil kira kerajaan negeri tidak menerima sebarang maklum balas berhubung siasatan kes serangan asid terhadap pemain kebangsaan itu yang telah menjangkau 10 bulan.
Beliau berkata kali terakhir kerajaan negeri menerima maklum balas berhubung kes itu adalah pada November lepas daripada Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan yang memaklumkan kes berkenaan diambil alih pasukan khas Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
“Sejak itu, polis masih belum memberi maklum balas terkini perkembangan insiden malang yang menimpa Faisal Halim.
“Kerajaan negeri tidak mahu membuat sebarang andaian dan pilihan terbaik yang boleh dibuat adalah melalui usul di persidangan DUN Selangor,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan cawangan keempat Burg & Go di Seksyen 7 di sini hari ini.
Beliau mengulas perkembangan siasatan kes tersebut susulan surat yang dihantar Speaker Lau Weng San kepada pihak berkuasa berkenaan selepas DUN Selangor meluluskan usul tergempar mengecam perbuatan ekstrem dan keganasan terhadap Muhammad Faisal pada Julai tahun lepas.
Mohd Najwan berkata cadangan untuk membangkitkan usul itu adalah bagi mendapatkan jawapan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung perkembangan terkini siasatan kes yang mendapat perhatian umum itu.
“Saya percaya kes ini masih dalam siasatan tetapi ia perlu dipercepat agar maklum balas terhadap pelbagai persoalan berkaitan kejadian menimpa Faisal dapat dirungkai,” katanya.
Pada 5 Mei tahun lepas, Penjaring Gol Terbaik Piala Asia 2023 berusia 27 tahun itu menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara, dekat sini menyebabkan beliau mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager