Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA PEKERJA KILANG CEDERA DALAM LETUPAN SILINDER GAS DI BAYAN LEPAS

DALAM NEGARA

TIGA PEKERJA KILANG CEDERA DALAM LETUPAN SILINDER GAS DI BAYAN LEPAS

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Abdul Manap Kadir, berkata dalam kejadian itu, seorang mangsa berusia 49 tahun patah kaki kanan, manakala dua lagi, masing-masing berusia 38 dan 40 tahun mengalami kecederaan ringan.

Sumber Gambar: Media Sosial

GEORGE TOWN: Tiga pekerja mengalami kecederaan selepas berlaku letupan silinder gas di sebuah kilang di Zon Perdagangan Bebas Fasa 3, Lebuh Kampung Jawa, Bayan Lepas, Pulau Pinang hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Abdul Manap Kadir, berkata dalam kejadian itu, seorang mangsa berusia 49 tahun patah kaki kanan, manakala dua lagi, masing-masing berusia 38 dan 40 tahun mengalami kecederaan ringan.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.16 tengah hari dan jentera dari BBP Bayan Baru bergegas ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan maklumat pekerja kilang, kejadian itu berpunca daripada letupan silinder gas jenis FM 200, menyebabkan tiga mangsa mengalami kecederaan.

“Mangsa telah diberikan rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dirujuk kepada pihak perubatan Kementerian Kesihatan untuk rawatan susulan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata bagaimanapun, insiden letupan tersebut tidak melibatkan kebakaran dan pasukan bomba melakukan kerja-kerja pemantauan bagi memastikan tiada bahaya lain sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya sejam kemudian.

Katanya punca letupan dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading