Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERETA TERHUMBAN KE SUNGAI RAJANG, DUA HILANG DAN SEORANG SELAMAT

DALAM NEGARA

KERETA TERHUMBAN KE SUNGAI RAJANG, DUA HILANG DAN SEORANG SELAMAT

Dua individu dilaporkan hilang manakala pemandu kereta sedan itu selamat selepas kenderaan yang dinaiki mereka terhumban ke dalam Sungai Batang Rajang berdekatan Jeti Feri Tanjung Kunyit, kira-kira 15 kilometer dari sini awal pagi tadi.

SIBU: Dua individu dilaporkan hilang manakala pemandu kereta sedan itu selamat selepas kenderaan yang dinaiki mereka terhumban ke dalam Sungai Batang Rajang berdekatan Jeti Feri Tanjung Kunyit, kira-kira 15 kilometer dari sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata laporan berhubung kejadian itu diterima kira-kira 2.03 pagi dan satu operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia sudah diaktifkan.

“Mangsa pertama seorang lelaki berumur 38 tahun telah berjaya ditemukan pada 7.30 pagi dan telah dibawa ke Hospital Sibu dan keadaan mangsa stabil, manakala usaha mengesan dua lagi mangsa masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak dalam kenyataan berkata seorang daripada dua mangsa yang masih hilang dikenal pasti sebagai Philip Yiin Chung Leong, 61, sementara identiti seorang lagi mangsa belum diperoleh. 

Kenyataan itu menyebut lima anggota JBPM dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu Sentral telah digerakkan ke lokasi itu bagi menyertai operasi SAR berkenaan.

“Pencarian dilakukan dengan menaiki sebuah bot dan dibantu empat anggota Polis Marin dalam sebuah lagi bot bagi menjalankan pencarian di permukaan air,” tambahnya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading