Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MASALAH PERIBADI DIPERCAYAI PUNCA KEJADIAN KES LETUPAN DI PANDAN INDAH

DALAM NEGARA

MASALAH PERIBADI DIPERCAYAI PUNCA KEJADIAN KES LETUPAN DI PANDAN INDAH

Kes letupan yang mengorbankan seorang pelayan sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang, 29 Dis lepas dipercayai berpunca daripada masalah peribadi antara mangsa dan suspek.

KUALA LUMPUR: Kes letupan yang mengorbankan seorang pelayan sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang, 29 Dis lepas dipercayai berpunca daripada masalah peribadi antara mangsa dan suspek.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata mangsa dan kedua-dua suspek yang berumur 33 dan 30 tahun merupakan kenalan sejak dari kampung di Kedah, dengan si suami bekerja sebagai  seorang kontraktor, manakala isterinya seorang suri rumah.

Bagaimanapun Sasikala enggan mengulas lanjut apabila ditanya sama ada kejadian itu bermotifkan cemburu.

“Setakat ini polis telah pun selesai mengambil keterangan seramai 36 saksi bagi membantu siasatan kes dan setakat ini tiada tangkapan susulan dibuat. Proses soal siasat terhadap pasangan suami isteri ini masih dijalankan.

“Serbuan juga telah dilakukan di rumah mereka di Serdang, Kedah pada Khamis lepas dan polis berjaya merampas beberapa barang kes antaranya pisau pemotong kertas dan mercun bola yang dipercayai digunakan sebagai bahan letupan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Kedua-dua supek ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pada masa yang sama, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan kes berkenaan.

Pada 29 Dis lepas, seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun maut akibat kecederaan parah pada bahagian badan dan tangan selepas bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet keretanya meletup.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading