Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KES BUNUH ZAYN RAYYAN: POLIS TEMUKAN SEHELAI STOKING DALAM TAKUNGAN AIR

DALAM NEGARA

KES BUNUH ZAYN RAYYAN: POLIS TEMUKAN SEHELAI STOKING DALAM TAKUNGAN AIR

Polis menemukan sehelai stoking hari ini dalam kawasan takungan air di anak sungai berhampiran lokasi mayat kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin ditemukan.

PETALING JAYA: Polis menemukan sehelai stoking hari ini dalam kawasan takungan air di anak sungai berhampiran lokasi mayat kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin ditemukan.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata stoking itu perlu dihantar ke makmal untuk dianalisis bagi memastikan sama ada ia milik Zayn Rayyan atau bukan.

“Kami jumpa sehelai sahaja tetapi perlu buat pengesahan lanjut sama ada kepunyaan kanak-kanak itu atau bukan,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Semalam, polis mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor bagi membantu menyedut keluar takungan air di lokasi penemuan mangsa untuk melihat sama ada wujud sebarang bukti baharu.

Kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang pada 5 Dis lepas di Damansara Damai, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman, pada keesokannya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading