Connect with us

ALHIJRAH NEWS

DERITA PERANG BELUM BERAKHIR, KESEJUKAN PULA MENGGIGIT

DUNIA

DERITA PERANG BELUM BERAKHIR, KESEJUKAN PULA MENGGIGIT

Penduduk Gaza dengan kebanyakannya adalah kanak-kanak hanya menggunakan plastik nipis untuk berlindung daripada hujan.

Sumber gambar AFP

RAFAH: Belum reda penderitaan akibat perang, hujan lebat dan cuaca sejuk di Gaza memberi cabaran besar kepada rakyat Palestin.

Tidak hanya kekurangan keperluan asas, kehidupan mereka di khemah yang didirikan di Rafah menyukarkan mereka untuk berlindung daripada hujan lebat.

Menurut data PBB, seramai 1.9 juta daripada 2.4 rakyat Gaza kehilangan tempat tinggal dengan kebanyakan mereka telah berpindah ke kawasan paling selatan.

Di Rafah, selain memakai pakaian tebal, penduduk menggunakan pelbagai cara untuk memanaskan badan termasuklah duduk mengelilingi api bagi merasai sedikit kehangatan.

Menurut penduduk utara Gaza yang berpindah ke Rafah, khemah mereka hanya dipenuhi dengan air hujan.

“kami terpaksa menggunakan papan untuk melindungi khemah daripada rosak. Saya bersumpah, keadaan di sini amat mencabar.”             

Lebih sadis, penduduk dengan kebanyakannya adalah kanak-kanak hanya menggunakan plastik nipis untuk berlindung daripada hujan.

Sementara itu, video yang dikongsi jurufoto Palestin di Instagram menggambarkan situasi sama di khan Yunis di mana anak kecil terpaksa duduk di bawah meja untuk berlindung daripada hujan.

Selain Khan Yunis, Rafah turut diserang hebat dengan angka korban terus meningkat.

Israel sebelum ini memberi arahan kepada rakyat Gaza untuk berpindah ke selatan, namun kawasan yang kononnya selamat itu turut menjadi sasaran zionis – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading