ZAYN RAYYAN : POLIS TEMUKAN BEBERAPA BAHAN BUKTI DALAM PEMERIKSAAN KALI KEDUA
Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai, malam tadi.
Kelihatan anggota polis forensik di pekarangan penemuan mayat kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mattin dalam usaha mengumpul bukti baharu bagi menjejaki pembunuh kanak-kanak tersebut, 200 meter dari kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini. –fotoBERNAMA
PETALING JAYA: Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.
Tanpa mendedahkan perincian lanjut objek dan barang berkenaan, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata ia akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa, bagi polis mendapatkan petunjuk dalam usaha memberkas suspek yang bertanggungjawab membunuh kanak-kanak malang berusia enam tahun itu.
“Kami perlu analisa kesemua penemuan ini terlebih dahulu dan terus mengumpul bukti secukupnya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Selain itu, Hussein berkata polis turut mengeluarkan arahan kepada penduduk di apartmen itu untuk terus kekal di kediaman mereka, namun dalam masa yang sama masih boleh menjalani rutin harian seperti biasa.
Beliau berkata pihak polis akan memanggil mereka yang berkenaan jika diperlukan untuk melakukan ujian DNA beramai-ramai.
Sementara itu, tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati anggota Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor, masih terus mempergiat usaha operasi mencari petunjuk baharu bagi menyelesaikan misteri kes pembunuhan murid Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2 (SKDD2) itu.
Mereka dilihat hadir di lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan di Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini, pada 9.50 pagi tadi.
Bagaimanapun, pengamal media yang tiba di lokasi kejadian sejak 8 pagi lagi diminta untuk mengosongkan kawasan blok berkenaan, untuk memberi laluan kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan.
Pada masa yang sama, ibu Zayn Rayyan Ismanira Abdul Manaf, 28 hari ini dilihat menzahirkan kerinduan terhadap anak sulungnya daripada dua beradik itu, dengan memuat naik gambar dan hantaran di akaun Instagram miliknya.
Ismanira menceritakan dia dan suami sempat membawa anak-anaknya bersiar-siar di sebuah pusat beli-belah pada Isnin lepas, iaitu sehari sebelum anak sulungnya dilaporkan hilang.
“Abang (Zayn Rayyan) dengan adik suka sangat jalan-jalan, dapat pusing-pusing mall makan-makan tu memang suka sangat-sangatlah dua beradik ini. Penat ke sibuk macam mana pun mommy daddy akan cuba juga bawa abang dengan adik jalan-jalan,” katanya menerusi hantaran Instagramnya.
Kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang pada 5 Dis lepas di Damansara Damai, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman, pada keesokannya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked