Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK LELAKI LIMA TAHUN DITEMUKAN LEMAS DI ROMPIN

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK LELAKI LIMA TAHUN DITEMUKAN LEMAS DI ROMPIN

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dilaporkan hilang sejak Isnin lepas ditemukan lemas di sungai berhampiran kawasan Perumahan Banjir Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Rompin, petang semalam.

Gambar hiasan.

KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dilaporkan hilang sejak Isnin lepas ditemukan lemas di sungai berhampiran kawasan Perumahan Banjir Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Rompin, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Mohd Azhari Mukhtar berkata mayat Rizq Ramadhina Jamaluddinn dijumpai pada 5.30 petang oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira empat kilometer dari lokasi mangsa dikatakan terjatuh. 

Beliau berkata pihaknya telah menerima laporan kehilangan mangsa pada 5.25 petang Isnin, selepas kanak-kanak itu dipercayai terjatuh ketika memancing bersama tiga lagi adik-beradiknya di sebuah jeti berhampiran kediaman mereka.

“Kami telah melaksanakan operasi mencari dan menyelamat sejak Isnin, dan operasi hari ini menemukan mayat kanak-kanak itu. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Rompin untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Menurut Mohd Azhari operasi SAR melibatkan 116 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi keselamatan antaranya polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta penduduk kampung.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading