Connect with us

ALHIJRAH NEWS

ISRAEL HILANG SOKONGAN DUNIA – PM IRELAND

DUNIA

ISRAEL HILANG SOKONGAN DUNIA – PM IRELAND

Perdana Menteri Ireland pada Rabu berkata apa yang berlaku di Gaza juga merupakan bencana bagi Israel kerana rejim itu kehilangan sokongan di seluruh dunia.

LONDON: Perdana Menteri Ireland pada Rabu berkata apa yang berlaku di Gaza juga merupakan bencana bagi Israel kerana rejim itu kehilangan sokongan di seluruh dunia.

Leo Varadkar berkata ia adalah bencana kerana konflik yang dicetuskan rejim itu tidak akan membawa ‘keselamatan’.

“Apa yang dilakukan oleh kerajaan Israel menjejaskan keselamatan jangka panjang dan jangka sederhana…

“Ini tidak akan membawa kepada keamanan dan mereka semakin hilang sokongan…Malah sekutu terdekat mereka Amerika Syarikat, saya percaya mula meragui tentang apa yang mereka lihat sedang berlaku di Gaza ,” katanya kepada kepada Parlimen Ireland di Dublin, lapor Agensi Anadolu.

Mengenai undian Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Selasa untuk gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza, beliau berkata ia penting dan Ireland menyambut baik usaha itu. 

“Hanya 10 negara kini berpihak kepada Israel dan apa yang kita lihat berlaku di Gaza adalah bencana mutlak bagi rakyat Palestin dan mereka mengalami penderitaan yang begitu dahsyat,” kata Varadkar.

Resolusi tidak mengikat itu, dibentangkan oleh Mesir dengan sokongan hampir 100 negara, termasuk Turkiye dan diluluskan pada sesi khas tergempar mengenai Palestin dengan 153 undi menyokong daripada 193 negara anggota.

Leo Varadkar berkata konflik di Gaza adalah “bencana strategik” bagi rejim itu dan telah membuat “kesilapan besar.”

Sambil menyuarakan kebimbangan mengenai situasi semasa di wilayah yang terkepung itu, beliau  berkata Ireland menyifatkan keadaan itu “tidak boleh diterima”.

Beliau menggesa supaya pengeboman tanpa henti dan pembunuhan orang awam yang tidak bersalah dihentikan dan menegaskan bahawa kerajaan Ireland akan membawa kes itu ke Brussels dan platform lain untuk memastikan gencatan senjata segera dan berkekalan.

Israel telah mengebom Semenanjung Gaza selama lebih dua bulan, membunuh lebih 18,500 rakyat Palestin dan mengakibatkan kemusnahan teruk di wilayah itu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading