Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KESELAMATAN DALAM NEGARA TERKAWAL SUSULAN ANCAMAN ISRAEL

DALAM NEGARA

KESELAMATAN DALAM NEGARA TERKAWAL SUSULAN ANCAMAN ISRAEL

(GAMBAR ARKIB OLEH: Manan VATSYAYANA / AFP)

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan kawalan keselamatan dalam negara terkawal dan kekal berada di tahap yang baik susulan ancaman yang dikeluarkan Israel terhadap pemimpin-pemimpin pergerakan perjuangan Palestin yang berada di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius ancaman keselamatan yang dikeluarkan oleh Israel.

“KDN mengambil maklum kewujudan organisasi yang mendukung dan menyokong aspirasi perjuangan rakyat Palestin di negara ini.

“Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi-agensi keselamatan lain telah meningkatkan kawalan keselamatan dari semua aspek bagi memelihara ketenteraman awam dan keselamatan rakyat Malaysia, termasuk warga Palestin yang berada di dalam negara,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Hamzah berkata, kerajaan Malaysia sekali lagi menegaskan pendirian untuk terus menyokong aspirasi dan perjuangan rakyat Palestin.

Portal WarNews247 melaporkan, menurut maklumat yang disiarkan oleh televisyen Israel, ejen perisikan Israel iaitu Shin Bet dan Mossad akan menyerang negara seperti Iran, Turki, Qatar dan Malaysia yang memberi penempatan, membiayai, dan melatih pegawai Hamas. — AlHIjrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading