Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GLOBALHIJRAH 8.45 MALAM INI SELAMI PENDERITAAN RAKYAT PALESTIN

DALAM NEGARA

GLOBALHIJRAH 8.45 MALAM INI SELAMI PENDERITAAN RAKYAT PALESTIN

Poster GLOBALHIJRAH edisi 16 Mei 2021.

KUALA LUMPUR: Program berita antarabangsa terbitan Jabatan Berita dan Ehwal Semasa TV Alhijrah, Globalhijrah akan menyiarkan kupasan eksklusif tentang penderitaan rakyat Palestin yang kini berdepan kezaliman memuncak rejim Zionis.

Menurut Penerbit Globalhijrah edisi 16 Mei 2021, Adi Akmal Sehrom, selain kupasan mendalam dan perkembangan terkini serangan dan penghapusan etnik oleh tentera Israel, pengisian Globalhijrah juga akan turut dimuatkan dengan wawancara secara langsung menerusi Skype bersama penganalisis politik Asia Barat, yang juga Profesor Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam Universiti Malaya, Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor.

“Turut akan dimuatkan, perkongsian daripada wartawan tempatan tentang situasi semasa serangan di Gaza.”

Adi Akmal Sehrom, Penerbit Globalhijrah

Globalhijrah bersiaran langsung setiap Ahad jam 8.45 malam. Ia memaparkan isu-isu semasa dunia Islam dan antarabangsa dengan kupasan lebih mendalam.

Serangan udara Israel ke atas Gaza baru-baru ini. Sumber imej: AID KHATIB / AFP

Sebelum ini Globalhijrah turut mendapat tempat dalam kalangan penonton melalui kupasan dan laporan tentang ancaman COVID-19 di India yang semakin bermaharajalela.

Turut menarik perhatian penonton dalam edisi sebelum ini, isu kapal kontena Ever Given yang menghalang laluan di Terusan Suez, Mesir dan mengakibatkan kerugian berjuta-juta dolar Amerika Syarikat.

Insiden kapal kontena Ever Given turut dikupas secara terperinci menerusi Globalhijrah beberapa minggu lalu.

Selamat menonton Globalhijrah, jam 8.45 malam ini di TV Alhijrah! – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading