Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KHATIB TAHAN SEBAK SAMPAIKAN KHUTBAH KENANGKAN NABI MUHAMMAD SAW

DUNIA

KHATIB TAHAN SEBAK SAMPAIKAN KHUTBAH KENANGKAN NABI MUHAMMAD SAW

MADINAH: Mengenangkan kisah Nabi Muhammad SAW, khatib terpaksa berhenti beberapa kali menahan sebak semasa menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Nabawi, di sini, hari ini.

Menerusi perkongsian bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, khutbah Jumaat yang dibawakan hari ini berkisarkan kelebihan Rasulullah SAW, kenabiannya serta akhlak Baginda SAW yang mulia.

Zulkifli berkata, khatib dalam khutbahnya juga mengisahkan mukjizat setiap para Nabi dan menyebutkan beberapa mukjizat daripada lebih seribu mukjizat Baginda SAW.

“Khatib membawakan deretan hadis Nabi SAW bagi menyokong khutbahnya.

“Keindahan akhlak Baginda SAW juga dikupas dengan amat baik oleh khatib,” menerusi perkongsian di Facebooknya.

Ujar Zulkifli, jemaah yang turut bersama mendengarkan khutbah itu mengalirkan air mata kerana terkesan dengan penyampaian khatib berkenaan kisah pohon tamar yang menangis kerana Baginda SAW.

“Apabila sampai kepada kisah pohon tamar yang menangis kerana Baginda, khatib terhenti menahan sebak. Begitu juga pada beberapa kisah lain. Jemaah yang mendengar turut mengalirkan air mata, teresak-esak.

“Saya yakin semua jemaah yang memahaminya, merasa pilu kerana khutbah tersebut disampaikan di Masjid Nabawi, dengan jasad Baginda SAW yang mulia, ada di dalamnya,” katanya.

Khutbah Jumaat itu disampaikan oleh Sheikh Dr Abdul Mohsen Al-Qasim di Masjid Nabawi, Madinah.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading