Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KOS IBADAH HAJI DIJANGKA MENINGKAT 50 PERATUS

DALAM NEGARA

KOS IBADAH HAJI DIJANGKA MENINGKAT 50 PERATUS

Sumber Gambar: AFP

KOTA BHARU: Kos mengerjakan haji dijangka meningkat kepada lebih RM30,000 berbanding RM23,000 sebelum ini berikutan peningkatan Cukai Nilai Tambah (VAT) yang diperkenalkan kerajaan Arab Saudi.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, kos tersebut dijangka meningkat sehingga 50 peratus susulan pertambahan cukai VAT daripada lima peratus kepada 15 peratus.

“Peningkatan kos disebabkan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang perlu dipatuhi termasuk penjarakan fizikal seperti had kapasiti bilik hotel dan bas.

“Bagaimanapun jumlah tepat kos haji akan diputuskan dan diketahui awal tahun hadapan,” katanya semasa sidang media selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran membabitkan 18 keluarga di Jalan Gajah Mati, di sini hari ini.

Ahmad Marzuk menjelaskan bahawa Tabung Haji (TH) akan menanggung sebahagian daripada jumlah kos tersebut, namun belum diputuskan jumlah yang perlu ditanggung agensi tersebut.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Marzuk berkata keputusan berkenaan kuota jemaah haji daripada Malaysia akan diketahui awal tahun hadapan.

“Kita perlu terima segala keputusan dibuat kerajaan Arab Saudi sama ada mengekalkan kuota 30,000 jemaah atau dikurangkan.

“Namun ia melihat kepada situasi kes COVID-19 di sana, kami mengharapkan jumlah kuota itu dapat dikekalkan atau ditambah,” katanya.

–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading