Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MURID SEKOLAH WAJIB JALANI SARINGAN COVID-19 SETIAP MINGGU

DALAM NEGARA

MURID SEKOLAH WAJIB JALANI SARINGAN COVID-19 SETIAP MINGGU

Sumber Gambar: AFP

PUTRAJAYA: Murid sekolah rendah diwajibkan untuk menjalani ujian saringan COVID-19 mingguan secara bergilir, berkuat kuasa Isnin 29 November.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada Strategi Pengujian COVID-19 Kebangsaan.

“Ujian pengesanan ini adalah bagi mengelakkan kewujudan kluster di sekolah,” katanya, hari ini semasa sidang media yang turut dihadiri Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Tambah Khairy Jamaluddin, ujian saringan tersebut perlu dilaksanakan dengan melibatkan sekurang-kurangnya 10 peratus sampel daripada populasi murid di sesebuah sekolah.

“Murid akan menjalani ujian saringan secara bergilir kepada sampel berbeza setiap minggu bagi melihat wujud kesan gejala atau sebaliknya. Sekiranya murid bergejala saringan haruslah dilakukan begitu juga terhadap pelajar yang tidak bergejala.

“Murid sekolah rendah adalah golongan di bawah usia kelayakan untuk menerima vaksin dan perlu menjalani ujian saringan secara mingguan,” katanya.

–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: Murid Sekolah Rendah Wajib Jalani Ujian C0vid-19

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading