Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KHUTBAH ARAFAH BAKAL CAPAI PENONTON GLOBAL DALAM 34 BAHASA

DUNIA

KHUTBAH ARAFAH BAKAL CAPAI PENONTON GLOBAL DALAM 34 BAHASA

Projek itu bertujuan menyampaikan mesej toleransi Islam kepada khalayak global dalam bahasa ibunda mereka, sekali gus memupuk komunikasi lebih baik antara umat Islam dan bukan Islam.

Gambar fail (AFP)

MAKKAH: Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi telah melengkapkan persiapan bagi projek penterjemahan khutbah Arafah, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Projek itu bertujuan menyampaikan mesej toleransi Islam kepada khalayak global dalam bahasa ibunda mereka, sekali gus memupuk komunikasi lebih baik antara umat Islam dan bukan Islam. Ia juga menekankan peranan penting Kerajaan Arab Saudi dalam mengurus dua masjid suci serta komitmennya yang berterusan dalam menyokong jemaah haji di seluruh dunia.

Projek itu bakal menyediakan penterjemahan khutbah Arafah secara langsung dalam lebih 34 bahasa, menjadikannya antara inisiatif terbesar musim haji. Ciri utama projek ini ialah penggunaan kod Respons Pantas (QR) yang membolehkan capaian mudah kepada teks dan audio penterjemahan.

Ini membolehkan jemaah mendengar khutbah dalam bahasa masing-masing tanpa mengira lokasi mereka sama ada di kawasan suci atau di tempat lain.

Bagi meluaskan capaian dan impak perkhidmatan ini, kod QR dipaparkan di skrin di kemudahan utama, bas dan penginapan jemaah.

Selain itu, perkhidmatan ini turut dipromosikan melalui pelbagai platform media kerajaan serta dikongsi bersama media antarabangsa dengan kerjasama Kementerian Media. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading