Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KLUSTER TARAWIH: PATUH S.O.P. SEMASA BERIBADAH DALAM RAMADAN

DALAM NEGARA

KLUSTER TARAWIH: PATUH S.O.P. SEMASA BERIBADAH DALAM RAMADAN

ALOR SETAR: Kedah akan menarik balik kebenaran menunaikan solat sunat tarawih di masjid dan surau di seluruh negeri jika kes positif COVID-19 kembali meningkat.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Datuk Najmi Ahmad berkata, sebab utama peningkatan kes positif adalah berpunca kegagalan kawalan kendiri yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Jelasnya, di samping kebenaran bagi menunaikan solat sunat tarawih di masjid dan surau, jemaah seharusnya bertanggungjawab menjaga S.O.P. bagi memastikan tiada berlakunya penyebaran jangkitan tersebut semasa beribadah.

Najmi Ahmad mengulas berdasarkan pengalamannya menunaikan solat Jumaat yang menyaksikan jemaah tidak mematuhi sepenuhnya S.O.P. ketika berada dalam kawasan masjid, seperti tidak memakai pelitup muka dengan betul serta keluar dari saf serentak tanpa menjaga jarak.

Jelasnya, Kementerian Kesihatan (KKM) telah menetapkan garis panduan yang jelas berkaitan pelaksanaan solat berjemaah di masjid.

“Peraturan sudah dikeluarkan daripada pejabat agama, dan akan ada perbezaan mengikut zon-zon di setiap kawasan, yang berpandukan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Najmi Ahmad menegaskan bahawa kepatuhan SOP adalah penting demi memastikan tiada kluster solat tarawih muncul.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading