Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LAWATAN KE ARAB SAUDI DITAJA SEPENUHNYA LIGA DUNIA ISLAM

DALAM NEGARA

LAWATAN KE ARAB SAUDI DITAJA SEPENUHNYA LIGA DUNIA ISLAM

Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (kanan depan) ketika bertemu Setiausaha Agung MWL, Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa (kiri depan)

MADINAH: Lawatan kerja Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ditaja sepenuhnya Liga Dunia Islam (MWL).

Perkara itu dimaklumkan Zulkifli hari ini, selepas tular video beliau dan delegasi menaiki pesawat pribadi dengan dakwaan menggunakan dana kerajaan.

Ujar Zulkifli, beliau menaiki penerbangan komersial Saudia Airlines dari Kuala Lumpur ke Riyadh, bagaimanapun penerbangan daripada Riyadh ke Madinah seperti dalam video yang tular diuruskan sepenuhnya oleh MWL berikutan jemputan diraja oleh Gabenor Madinah, Putera Faisal bin Salman bin Abdulaziz Al Saud untuk beliau bertemu baginda di Madinah.

“Baginda amat sukacita apabila mendapat tahu ada seorang menteri daripada Malaysia, berkelulusan Universiti Islam Madinah, telah datang ke Arab Saudi atas urusan negara.

“Atas sebab itulah jemputan diraja dizahirkan berserta dengan pesawat berkenaan. Begitulah sebagaimana yang saya dimaklumkan,” katanya dalam catatan di Facebook rasminya hari ini.

Katanya tajaan tersebut adalah tanda penghormatan baginda, Kerajaan Arab Saudi dan pihak MWL kepada Kerajaan Malaysia.

Zulkifli menegaskan kenyataan bahawa beliau bertindak menyalahgunakan wang rakyat untuk menaiki pesawat mewah sepanjang di sana atau menuju ke sana adalah tidak benar.

“Saya maafkan tuduhan tersebut. Tidak ada apa-apa yang perlu saya simpan di hati. Sejujurnya, sepanjang di sini saya sentiasa mendoakan kebaikan kepada rakyat Malaysia, dan sudah pasti kepada umat Islam di Malaysia,” katanya.

Zulkifli kini dalam lawatan kerja di Arab Saudi dari 9 hingga 18 April 2021.

Selepas Madinah, Zulkifli dijadual meneruskan lawatan ke Makkah. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading