SJKC PUAY CHAI 2 BANDAR UTAMA DIARAH TUTUP SELEPAS ENAM PELAJAR POSITIF COVID-19

Sumber Gambar: Malaymail

KUALA LUMPUR: Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK)(C) Puay Chai 2 di Bandar Utama, Petaling Jaya diarahkan ditutup sementara selepas enam pelajarnya disahkan positif COVID-19.

Lapor AWANI, arahan penutupan sekolah mula berkuat kuasa hari ini, selepas dimaklumkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Jaya.

Sebelum ini, enam pelajar disahkan positif manakala 11 guru diarahkan untuk menjalani kuarantin.

Kesemua pelajar yang disahkan positif adalah pelajar tingkatan dua, empat dan lima.

Kes pertama dilaporkan pada 7 April lalu, sebelum kes kedua pada 9 April dan pada 11 April, dua lagi pelajar disahkan positif COVID-19.

Bagaimanapun tempoh penutupan operasi sekolah terbabit akan dimaklumkan dari masa ke semasa.–AlHijrah Online

Leave a Reply