KUALA LUMPUR: Penerbangan balik jemaah haji Malaysia akan dijadualkan semula susulan perkembangan semasa operasi penerbangan di Asia Barat.
Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataannya berkata, penerbangan yang akan mengalami penjadualan semula akan ditunda sekurang-kurangnya 24 jam daripada jadual asal.
Penerbangan yang terlibat adalah KT043 (MH8301) yang berlepas dari Madinah pada 24 Jun jam 5:10 pagi waktu Arab Saudi dan KT034 (MH8291) berlepas dari Jeddah, 24 Jun 2025 jam 6:40 pagi.
“Penjadualan baharu sedang disusun dengan mengambil kira pelbagai faktor semasa, termasuk penyelarasan trafik udara dan keperluan logistik.
“Kesemua jemaah yang terlibat telah ditempatkan sementara di hotel sekitar Jeddah dan Madinah bagi memastikan kebajikan dan keselesaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah TH, koordinasi di lapangan terbang sedang giat dijalankan antara pihak syarikat penerbangan dan TH bagi memastikan kelancaran urusan logistik jemaah.
“Setakat ini sebanyak 39 penerbangan telah tiba di tanah air dengan baki 61 penerbangan lagi. Sebarang perkembangan lanjut, termasuk perubahan jadual oleh syarikat penerbangan, akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.
Terdahulu, beberapa negara Arab menutup ruang udara mereka buat sementara waktu lewat Isnin sebagai langkah berjaga-jaga selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke atas sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Qatar, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Gelombang penutupan ruang udara berlaku selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Pangkalan Udara Al Udeid milik tentera AS di Qatar pada Isnin.
Serangan itu sebagai tindak balas terhadap serangan terdahulu oleh AS pada Ahad yang menyasarkan tiga kemudahan nuklear Iran.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager