Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TRUMP UMUM GENCATAN SENJATA ANTARA ISRAEL DAN IRAN KINI BERMULA

DUNIA

TRUMP UMUM GENCATAN SENJATA ANTARA ISRAEL DAN IRAN KINI BERMULA

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada awal Selasa mengumumkan bahawa gencatan senjata antara Iran dan Israel kini berkuat kuasa, sambil menggesa kedua-dua pihak supaya mematuhi perjanjian itu.

Sumber Gambar: AFP

ANKARA: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada awal Selasa mengumumkan bahawa gencatan senjata antara Iran dan Israel kini berkuat kuasa, sambil menggesa kedua-dua pihak supaya mematuhi perjanjian itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“GENCATAN SENJATA KINI BERKUAT KUASA. TOLONG JANGAN INGKARINYA!” kata Trump di platform media sosialnya, Truth Social.

Pada Isnin, Trump menyatakan bahawa Israel dan Iran bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata “sepenuhnya dan menyeluruh” susulan ketegangan yang semakin memuncak di Timur Tengah.

Gencatan senjata itu diumumkan selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Pangkalan Udara Al Udeid milik tentera AS di Qatar pada Isnin, menandakan peningkatan ketara selepas serangan udara AS ke atas tiga kemudahan nuklear Iran sehari sebelumnya.

Komando Pusat AS (CENTCOM) memaklumkan bahawa pasukan tentera AS, dengan kerjasama pihak berkuasa Qatar berjaya mempertahankan serangan itu dan mengesahkan tiada sebarang kecederaan atau kematian dalam kalangan anggota AS mahupun Qatar. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading