SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini mengesahkan enam lagi jangkitan koronavirus di negara ini, dengan empat kes pertama jangkitan manusia-ke-manusia melibatkan rakyat tempatan.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah 24.
Tiga kes tempatan ini melibatkan penduduk Singapura yang mempunyai kontak dengan pelancong dari tanah besar China baru-baru ini, manakala kes keempat, melibatkan pekerja domestik warga Indonesia, yang mempunyai kontak rapat dengan seorang daripada pesakit jangkitan tempatan, menurut MOH dalam kemas kini terbarunya.
Kementerian itu berkata dua lagi kes membabitkan kumpulan warga Singapura yang dibawa pulang dari Wuhan pada 30 Jan.
“Walaupun empat daripada kes ini merupakan kluster jangkitan tempatan, namun tiada bukti penularan dalam masyarakat di negara ini,” menurut MOH.
Menurut kementerian itu, tiga daripada empat kes dikenal pasti mempunyai kontak dengan kumpulan pelancong dari tanah besar China itu, telah berinteraksi agak lama dengan mereka.
“Sementara menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa China, kumpulan pelancong dari Guangxi itu, atau sekurang-kurangnya dua daripada mereka telah disahkan dijangkiti koronavirus,” menurut MOH.
Kementerian itu juga mendedahkan bahawa rakyat Malaysia pertama yang dilaporkan positif koronavirus berada di Singapura dari 16 hingga 23 Jan untuk menghadiri satu mesyuarat perniagaan di Grand Hyatt Hotel, yang turut melibatkan rakyat China.
Mengemas kini satu daripada kes positif sebelum ini, MOH berkata seorang lelaki berusia 35 tahun yang merupakan penduduk Wuhan, telah dibenarkan keluar dari Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) hari ini.
Dia telah pulih dan ujian komprehensif yang dilakukan terhadapnya adalah negatif.
Terdahulu, di KUALA LUMPUR, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media harian perkembangan terkini situasi koronavirus di Malaysia mendedahkan seorang lelaki berusia 41 tahun, yang melawat Singapura untuk menghadiri mesyuarat perniagaan, adalah rakyat Malaysia pertama dilaporkan positif novel koronavirus 2019 (2019-nCoV).
Dia adalah seorang daripada dua kes baharu yang dilaporkan positif 2019-nCoV, menjadikan jumlahnya 10 kes di Malaysia setakat ini.
Satu lagi kes melibatkan seorang lelaki berusia 63 tahun dari China yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 18 Jan.
Menteri itu berkata kedua-dua lelaki berkenaan kini menjalani rawatan dan dalam keadaan stabil.
Novel koronavirus yang bermula di Wuhan kini menular ke 27 negara. Sehingga kini 427 orang meninggal dunia dan dilaporkan lebih 20,000 kes positif koronavirus setakat hari ini.
Dua kematian berlaku di luar China, satu di Filipina dan satu lagi di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong. — BERNAMA
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked