Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RM2,000 BANTUAN AWAL MANGSA KEBAKARAN KAMPUNG BAHAGIA – HAJIJI

DALAM NEGARA

RM2,000 BANTUAN AWAL MANGSA KEBAKARAN KAMPUNG BAHAGIA – HAJIJI

Kerajaan Negeri Sabah menyalurkan bantuan awal sebanyak RM2,000 kepada setiap ketua isi rumah yang terjejas dalam kebakaran besar di Kampung Bahagia di sini, awal pagi semalam.

Sumber: BERNAMA

SANDAKAN: Kerajaan Negeri Sabah menyalurkan bantuan awal sebanyak RM2,000 kepada setiap ketua isi rumah yang terjejas dalam kebakaran besar di Kampung Bahagia di sini, awal pagi semalam.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata bantuan itu masing-masing RM1,000 daripada Kerajaan Negeri dan Yayasan Kebajikan Sabah.

“Kerajaan negeri amat bersimpati dan saya tengok kebakaran ini agak besar yang melibatkan hampir 1,000 buah rumah musnah.

“Jadi kita berharap bantuan ini dapat meringankan bebanan mereka. Saya ingat sekurang-kurangnya satu atau dua minggu baru kita dapat laporan penuh mangsa kebakaran ini,” katanya kepada pemberita ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Projek Perumahan Rakyat Batu Sapi, di sini hari ini.

Hajiji berkata kerajaan negeri sedang merangka beberapa perancangan termasuk membangunkan semula kawasan tersebut sebagai perkampungan sah, namun keputusan lanjut bergantung kepada laporan penuh daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sandakan.

Mengulas cadangan penempatan semula, beliau berkata kerajaan negeri sedang mempertimbangkan perkara itu, namun akan menunggu cadangan rasmi daripada pihak berkuasa berkaitan.

Semalam, kebakaran besar di perkampungan atas air di Sandakan itu mengakibatkan kira-kira 1,000 rumah musnah selain melibatkan kawasan seluas lebih empat hektar.

Setakat ini enam PPS dibuka bagi menempatkan mangsa. – BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Continue Reading
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading