Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SELEPAS DINOBAT JOHAN HAFAZAN MTHQK2026, TERUS MEWAKILI MALAYSIA KE ANTARABANGSA

DALAM NEGARA

SELEPAS DINOBAT JOHAN HAFAZAN MTHQK2026, TERUS MEWAKILI MALAYSIA KE ANTARABANGSA

Johan Hafazan kategori 1-30 Juzuk Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2026 Muhammad Izzul Afnan Sazali berlepas ke Turkiye bagi mewakili Malaysia dalam 11th International Quran Memorization and Recitation Competition.

KUALA LUMPUR: Johan Hafazan kategori 1-30 Juzuk Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2026 Muhammad Izzul Afnan Sazali berlepas ke Turkiye bagi mewakili Malaysia dalam 11th International Quran Memorization and Recitation Competition.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam kenyataan berkata, Muhammad Izzul akan menyertai acara hafazan bersama Muhammad Khairi Maidin yang akan mewakili Malaysia dalam acara tilawah, yang berlangsung dari 19 hingga 30 April 2026.

“Penyertaan kedua-dua wakil ini mencerminkan kesinambungan kecemerlangan Malaysia dalam melahirkan generasi huffaz dan qari yang bukan sahaja unggul di peringkat kebangsaan, malah berupaya bersaing di pentas dunia.

“Walaupun baru sahaja menamatkan saingan di MTHQK 2026, Izzul Afnan tetap bersemangat dan beriltizam tinggi untuk terus bersedia menggalas tanggungjawab besar demi agama dan negara tanpa menghiraukan keletihan,” katanya.

Tambahnya, penyertaan ini bukan sekadar pertandingan tetapi merupakan satu amanah besar untuk memperdengarkan keindahan kalamullah di hadapan para juri antarabangsa serta mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

“Mari kita doakan agar kedua-dua wakil negara ini dikurniakan ketenangan, kekuatan dan kejayaan dalam mengharungi pertandingan tersebut, seterusnya membawa pulang kemenangan yang membanggakan,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading